BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping isi ikan merah  |bersihkan
  • 300ml santan cair
  • 50ml santan pekat
  • 100gm isi petai
  • 30gm bawang merah |kisar
  • 15gm cili padi|kisar
  • 1batang serai |titik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 biji cili merah | hiris
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan bersama bahan kisar. Kemudian masukkan isi ikan tadi. Biarkan seketika sambil dikacau perlahan.
  2. Selepas tiga minit, terbalikkan isi ikan dan masukkan asam gelugor dan petai. Kacau lagi.
  3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan perasa secukup rasa. Biarkan selama dua minit dan tutup api.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.