Roti Arab Berinti Lagi Sedap, Tak Perlu Cicah Kuah - Rasa Nak Masak

Hari-hari fikir nak masak apa ?

X

Suka resepi ini?

Sokongan kami dengan LIKE page fb kami. Terima kasih!

Contact Us

Thursday, January 23, 2025

Roti Arab Berinti Lagi Sedap, Tak Perlu Cicah Kuah

Roti Arab biasanya kita cicah dengan kari atau sambal baru sedap. Tapi kalau dah buat berinti macam ni, tak perlu kuah pun tak mengapa.

Boleh hidang dengan air teh O dan makan begitu saja. Inti pun boleh pilih ikut cita rasa sama ada coklat, jem, keju, kacang merah dan sardine dan sebagainya.

Cara buat roti Arab berinti

Ini roti Arab berinti coklat

Bahan-bahan

100ml air
100ml susu segar
1sb yis
1/2sk garam
3 cawan tepung gandum
Inti pilihan – keju dan coklat

Cara memasak

1. Campurkan semua bahan kecuali inti dan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Jika nak uli menggunakan mixer mata cangkuk atau bread crumbs. Adun hingga sekata.

2. Bila doh sudah lembut, bulatkan doh. Rehatkan selama satu jam. Tutup permukaan bekas.

3. Uli doh sekali lagi. Bulatkan dan potong kemudian bahagikan kepada 4-8 bahagian mengikut saiz yang diingini.

Cara membuat roti Arab berinti

4. Canai setiap satunya dan letakkan inti coklat dan keju. Bulatkan kembali doh. Tekan-tekan doh menjadi sedikit leper.

5. Panaskan kuali datar atau non stick. Goreng doh dengan api sederhana sehingga keperangan di kedua-dua belah bahagian. Boleh juga goreng dengan sedikit minyak atau mentega. Semasa mengoreng tekan-tekan doh dengan sudip supaya lebih leper.

Roti Arab berinti coklat dan keju sedia dihidangkan

Kredit resipi dan foto: Norfazida Gda

Baca: Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu, Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

 



from Rasa

No comments:

Post a Comment