Tip & Cara Buat Kuih Tiram Yang Rangup, Cantik Lapisannya - Rasa Nak Masak

Hari-hari fikir nak masak apa ?

X

Suka resepi ini?

Sokongan kami dengan LIKE page fb kami. Terima kasih!

Contact Us

Thursday, October 27, 2022

Tip & Cara Buat Kuih Tiram Yang Rangup, Cantik Lapisannya

Kuih lidah buaya atau juga dikenali sebagai kuih tiram ni memang rangup dan sedap dikunyah. Kuih yang lebih kepada kerepek ini memang popular bila tiba musim raya.

Resipi yang dikongsi Salju Rindu ini, senang sangat cara nak membuatnya.

Lagi jimat bila buat sendiri dan puas hati kerana kuih tiram yang dijual di pasaran boleh tahan juga harganya ye.

KUIH TIRAM

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum | ayak (saya guna jenama rose, apa-apa jenama pun boleh asalkan tepung gandum)
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar marjerin (sejuk dari dalam peti ais)
1 cawan air (tak perlu habiskan jika doh dah okay kelembutannya)
½ sudu kecil garam (secubit rasa)

BAHAN PELEKAT:

5 sudu besar tepung ubi
7 sudu besar minyak masak

CARA MENYEDIAKAN:

1. Gaul semua bahan bagi sebati.
2. Canai nipis seperti dalam gambar. Apabila nak goreng tarik sikit.
3. Gelek doh jangan terlalu kuat ye. Cukup sekadar manja-manja. Kalau kuat sangat nanti kelopaknya tenggelam tak nampak.
4. Semasa nak menggulung, gulung bagi padat supaya dapat gulungan yang rapat.

Kredit resipi: Salju Rindu

The post Tip & Cara Buat Kuih Tiram Yang Rangup, Cantik Lapisannya appeared first on RASA.

No comments:

Post a Comment