Nampak Susah, Tapi Sebenarnya Mudah Je Nak Buat Sausage Bread Roll Ni - Rasa Nak Masak

Hari-hari fikir nak masak apa ?

X

Suka resepi ini?

Sokongan kami dengan LIKE page fb kami. Terima kasih!

Contact Us

Wednesday, October 19, 2022

Nampak Susah, Tapi Sebenarnya Mudah Je Nak Buat Sausage Bread Roll Ni

Biasanya kita nampak sausage bread rolls ni hanya dijual di kedai roti. Tengok pada bentuknya, nampak macam agak rumit nak buat kan tapi sebenarnya sangat mudah!

Menerusi resipi dan cara yang dikongsikan Khairunnisa Mohammad ini, sangat mudah dan boleh disediakan sendiri di rumah.

Manakala bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati dan tidaklah serumit yang digambarkan.

SAUSAGE BREAD ROLL

BAHAN-BAHAN:

2 + ½ cawan tepung gandum*
½ cawan air suam*
1 biji telur*
1 sudu besar yis*
2 sudu besar gula*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar marjerin
Sosej secukupnya

BAHAN SAPUAN:

1 biji telur
Sedikit susu segar

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan semua bahan bertanda * dalam satu bekas dan gaul sehingga boleh diuli.
2. Kemudian masukkan marjerin. Uli sampai doh licin dan elastik.
3. Lepas uli, perap selama 1 jam. Lepas perap, bahagikan doh kepada 10 bahagian.
4. Canai nipis, memanjang. Kelar garisan memanjang dengan pisau.
5. Letak sosej, kemudian gulung. Perap lagi dalam 20 minit.
6. Bakar pada suhu 160°C selama 15 minit atau hingga masak.
7. Sebelum bakar, sapu dulu dengan campuran 1 biji telur dan sedikit susu segar.
8. Roti ini boleh dimakan dengan sos cili dan mayonis.

Kredit resipi: Khairunnisa Mohammad

The post Nampak Susah, Tapi Sebenarnya Mudah Je Nak Buat Sausage Bread Roll Ni appeared first on RASA.

No comments:

Post a Comment