Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera - Rasa Nak Masak

Hari-hari fikir nak masak apa ?

X

Suka resepi ini?

Sokongan kami dengan LIKE page fb kami. Terima kasih!

Contact Us

Wednesday, June 29, 2022

Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera

Enaknya menikmati Mushroom Chicken Pie @ Pai Ayam Cendawan. Penuh rasa krim dan kombinasi rasa ayam serta cendawan yang penuh perisa. Bagi anda yang mengegmari sajian pastri, resipi perkongsian saudari Nadia Hazieqah Abdul Hapiz ni boleh dicuba. Sangat mudah disediakan malah tidak perlu uli tepung untuk membuat doh pastri. Guna puff pastri segera sahaja. Mudah kan? Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.

 

CARA MASAK MUSHROOM CHICKEN PIE @ PAI AYAM CENDAWAN YANG SEDAP & MUDAH

 

BAHAN-BAHAN:
Puff pastri segera – beli online disini
Egg wash (campuran kuning telur dan sedikit susu segar)

BAHAN INTI:
2 sudu makan mentega
1 biji bawang holland – potong dadu – beli online disini
2-3 ulas bawang putih – cincang – beli online disini
2 sudu makan tepung gandum + sedikit air
5 biji cendawan shiitake – hiris halus – beli online disini
1/2 batang lobak merah – hiris halus
300gm isi ayam – hiris halus
Parsli – beli online disini
Oregano – beli online disini
Serbuk lada hitam – beli online disini
Garam secukup rasa
1/2 cawan whipping cream atau cooking cream – beli online disini
1/2 cawan susu segar

CARA MEMASAK:
1.Cairkan mentega dan masukkan bawang holland dan bawang putih. Tumis hingga keperangan.
2. Kemudian masukkan tepung yang dibancuh air.
3. Masukkan juga cendawan shiitake dan lobak merah. Masak hingga cendawan agak lembut.
4. Seterusnya masukkan isi ayam, parsli, oregano, serbuk lada hitam dan garam dengan secukup rasa. Masak sampai mendidih.
5. Bila semua rasa telah sempurna, padamkan api. Sejukkan inti pai terlebih dahulu.


6. Canai puff pastri dan letak dalam cawan atau bekas bersesuaian.
7. Canai lagi sekeping puff pastri, tekap bentuk bulat dan tutup atasnya.
8. Kelim dengan garpu di bahagian tepi supaya melekat elok.


9. Seterusnya sapu egg wash dengan rata di permukaan pai tadi.
10. Bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.


11. Angkat dan Pai Ayam Cendawan sedia untuk dihidangkan.

 

Kredit resipi & foto: Nadia Hazieqah Abdul Hapiz

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sweet Sour Chicken Mudah & Sedap Tanpa Guna Sos Segera

Sedap! Resipi Soondubu Jjigae (Korean Tofu Beef Stew) Homemade

Resipi Ketam Masak Kam Heong. Menu Sedap & Mudah Masak

Resipi Asam Gumpal Inti Kacang Hijau. Mudah Buat & Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The post Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera appeared first on RASA.

No comments:

Post a Comment