Papudak @ Kuih Banjar, Warisan Yang Makin Pupus - Rasa Nak Masak

Hari-hari fikir nak masak apa ?

X

Suka resepi ini?

Sokongan kami dengan LIKE page fb kami. Terima kasih!

Contact Us

Thursday, October 28, 2021

Papudak @ Kuih Banjar, Warisan Yang Makin Pupus

Papudak atau kuih banjar, adalah kuih tradisional dalam masyarakat Banjar yang semakin sukar dijumpai kini.

Waalupun pembuatannya agak rumit, namun kuih warisan ini tidak sepatutnya dibiarkan pupus begitu saja.

Menerusi perkongsian resipi daripada Yusreena Said Yusz ini, menjadi impian anak Banjar untuk mahir membuat kuih ini.

PAPUDAK (KUIH BANJAR)

BAHAN-BAHAN:

½ cawan tepung beras
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
¾ cawan gula (kalau nak kurang manis, boleh kurangkan)
1 cawan air daun pandan
1 ½ santan kotak + ½ cawan air (kalau guna santan asli, boleh guna semua santan pekat)
Sedikit air kapur
Sedikit garam

CARA-CARA:

1. Semua bahan ni dikisar dan tuang dalam periuk. Masak di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
2. Masak sekejap je asal pekat. Jangan sampai bergentel ye. Tuang dalam kelongsong dan ikat kuat. Boleh rujuk gambar.
*Untuk buat kelongsong, sediakan 3 bahan ni (rujuk gambar), kayu bulat tu boleh guna kayu mop (potong pendek). Saya guna torak yang sy gunakan untuk mencanai doh roti.
* Layurkan daun pisang atas dan bawah untuk mengelakkan daun pisang bocor masa tuang adunan. Pastikan cari daun pisang yang tak koyak ye. Daun pisang nipah paling bagus sebab tak mudah koyak dan tebal.
*Perhatikan kedudukan kayu. Basi hujung adalah ruang untuk ikat nanti. Ikat dan bentukkan kayu bulat. Dah ikat baru tarik kayu keluar dari kelongsong. Kemaskan ikatan.
* Tuang ke dalam kelongsong dan tingalkan basi untuk mengikat tali nanti.
3. Didihkan air dalam kuali, masukkan papudak tadi dan rebus 15-20 minit atau sehingga kelongsong nampak penuh dan membulat. (rujuk video di sini)
4. Sejukkan dan buka daun pisang macam kupas pisang. Papudak yang menjadi ialah bila goyangkan, ia takkan patah. (rujuk video di sini)

Kredit resipi: Yusreena Said Yusz

The post Papudak @ Kuih Banjar, Warisan Yang Makin Pupus appeared first on RASA.

No comments:

Post a Comment