Resipi Cencaru Sumbat Sambal Bakar Guna Air Fryer - Rasa Nak Masak

Hari-hari fikir nak masak apa ?

X

Suka resepi ini?

Sokongan kami dengan LIKE page fb kami. Terima kasih!

Contact Us

Thursday, September 30, 2021

Resipi Cencaru Sumbat Sambal Bakar Guna Air Fryer

Sedapnya Ikan Cencaru Sumbat Sambal Bakar perkongsian saudari Munira Ali ni. Istimewanya resipi ini ada hanya perlu bakar menggunakan Air Fryer sahaja. Barulah rempah di dalam ikan tidak keluar dan dapur pun tidak berminyak. Tapi jika tiada Air Fryer, boleh bakar menggunakan ketuhar atau digoreng sahaja. Semuanya sedap. Cubalah. Anda pasti puas hati dengan rasanya.

RESIPI CENCARU SUMBAT BAKAR

BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan cencaru saiz sederhana
1½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili besar
4-5 biji cili api – lebihkan jika suka pedas
Sedikit belacan
Serbuk Cukup rasa secukupnya
Asam jawa secukupnya
1 sudu gula

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan di dalam pengisar kecuali asam jawa. Masukkan sedikit sahaja air supaya blender boleh mengisar. Kisar kasar. Lebih sedap jika ditumbuk.
2. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan kisar tadi seketika supaya sambal sedikit masak.
3. Bila sambal sudah sempurna, padamkan api dan sumbat ke dalam ikan dengan secukupnya.
4. Masukkan ikan ke dalam air fryer. Sembur sedikit minyak supaya ikan tidak terlalu kering.
5. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Kemudian terbalikkan. Masak lagi selama 15 minit. Jika suka garing, boleh lebihkan masa membakar selama 5 minit lagi.
6. Angkat dan nikmati Ikan Cencaru Sumbat Bakar bersama air asam.

Kredit resipi & foto: Munira Ali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

The post Resipi Cencaru Sumbat Sambal Bakar Guna Air Fryer appeared first on RASA.

No comments:

Post a Comment