
Bulan puasa ni lauk pauk yang ringkas jadi kegemaran ramai. Fikirkan menu yang kita boleh masak sekaligus banyak dan buat stok untuk dimakan berterusan. Maka tidak perlulah kita sering keluar untuk membeli bahan mentah. Contohnya seperti menu yang disediakan ini . Makan pula dengan nasi panas-panas, pasti bertambah makan.
Sambal bilis tempe kering
Bahan-bahan:
6 bungkus tempe ) dihiris nipis2 memanjang)
300 gm ikan bilis
Bahan2 untuk dikisar
300 gm cili mesin
300 gm bawang merah )
50gm bawang putih )
50gm ikan bilis )dikisar
100gm belacan bakar ) bersama
100ml air asam jawa(pekat)
210gm gula kabung
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Cara memasak:-
1.Panaskan kuali berisi minyak. Goreng tempe dan ikan bilis hingga garing
Seelok2nya di goreng berasingan kerana masa memasak dua bahan ini tidak sama. Kemudian toskan minyak
2.Selepas itu masukkan bawang yang telah dikisar dengan belacan & ikan bilis. Tumis hingga naik bau
3.Kemudian masukkan cili kisar, kacau rata & masukkan gula kabung. Kacau rata & perlahankan api masak sehingga naik minyak.
4.Masukkan air asam jawa, perlahankan api & biarkan sambal betul2 garing sambil dikacau (estimated 1 hour).
5.Tutup api & masukkan garam secukupnya.
6.Apabila sambal telah sejuk baru masukkan bahan2 yang telah digoreng terlebih dahulu.
#tips untuk tempe & ikan bilis kekal garing
~ buangkan minyak yg berlebihan disambal.
~ simpan dalam bekas kedap udara
~ sesuai dimakan dengan nasi panas, pasta, maggi, mee, bubur & roti
~ kalau kreatif lagi boleh buat topping for pizza crunchy! 😂
~ Enjoy! 😘
Selamat mencuba!
Resipi ikhlas dari Datin Shida Yusoff
Apam Milo Empat Bahan, Menu Ringkas Untuk Berbuka

No comments:
Post a Comment