Petua Simpan Cendawan Agar Tahan Lama & Tidak Lembik. - Rasa Nak Masak

Hari-hari fikir nak masak apa ?

X

Suka resepi ini?

Sokongan kami dengan LIKE page fb kami. Terima kasih!

Contact Us

Sunday, December 31, 2017

Petua Simpan Cendawan Agar Tahan Lama & Tidak Lembik.

Sebut pasal cendawan, terbayang keenakan cendawan goreng tepung, sup cendawan dan banyak lagi sajian enak yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Kalau yang suka sangat, hari-hari lauk cendawan pun tak apa. Namun cendawan ni sifatnya agak ‘manja’. Ia sukar untuk disimpan lama dalam peti sejuk kerana nanti ia akan menjadi lembik dan kurang enak apabila dimasak.

Ada cara yang boleh anda cuba yang boleh memanjangkan tempoh kesegaran cendawan ini. Apa yang diperlukan ialah:

BAHAN-BAHAN:

  • Cendawan segar
  • Kertas surat khabar

CARA-CARA:

  1. Keluarkan cendawan yang baru dibeli dari plastik. Elakkan dari terkena air.
  2. Ambil kertas surat khabar lama dan bungkus cendawan dengan kemas.
  3. Simpan di dalam peti sejuk di bahagian sayur-sayuran.
  4. Hasilnya cendawan yang anda beli boleh tahan selama seminggu atau lebih.

NOTA:

  • Jika nak simpan cendawan, elakkan sama sekali daripada terkena air. Basuh cendawan bila nak masak sahaja.
  • Air akan membuatkan cendawan ‘bernafas’ dan inilah yang membuatkan ia menjadi lembik, busuk dan tidak tahan lama.
  • Selain surat khabar, anda juga boleh menyimpan cendawan di dalam beg kertas apa apa-apa sahaja bekas yang boleh menyerap kelembapan.

Selamat mencuba!

Komen anda

No comments:

Post a Comment